Tuesday, 15 February 2022

Allah Ada

    Apa jua yang kita ingin lakukan, ingatlah ,seolah-olah kita akan mati esok hari. Berbuatlah baik sesama manusia. Yer , ada yg suka kita tapi ada juga yang tak suka kita. Kita bukan manusia yang sempurna. Cuma kita buatlah apa yang kita rasa betul. Tak perlu kita nak ikut apa yg org cakap. Kita buat yang terbaik. Yang selalu ada dengan kita adalah Allah Yang Maha Esa. Yang selalu menerima segala kekurangan kita. Yang tidak akan sekali-kali meninggalkan kita disaat kita memerlukan pertolongan.

     Segala rezeki, ketenangan, kebahagian, datangnya dari kasih sayang Allah kepada kita . Kita mungkin pernah tersilap langkah, namun dengan kasih sayang daripadaNya , kita akan kembali kepada yg asal. Selagi Allah sayangkan kita, segala kesilapan yang kita buat akan ditegur olehNya. Dia tegur kerana Dia sayang. Dia yg izinkan kita berbuat kesalahan, Dia juga akan bagi taufik dan kehidayah untuk kita kembali pada jalan yang betul. Sekiranya kita tidak ada kawan atau sahabat yang baik dengan kita , usah risau, usah bimbang. Cukuplah Allah ada untuk kita ..Mengadulah padanya. 

    Allah takkan sesekali berpaling dari kita dan tidak akan pernah meninggalkan kita. Kita sebagai hambaNya yang taat sentiasalah solat taubat setiap hari. Kadang kita tak sedar kita telah melakukan kesilapan. Dan kita adalah manusia biasa, akan sentiasa buat salah dan silap walaupun sekecik hama. Sentiasalah berfikiran positif. Insya Allah semoga kita semua akan sentiasa dilindungi  dan dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment